 |

An ordinary girl who wishes to share her thoughts & knowledge through this blog..Insyallah
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
Sunday, January 27, 2008
Bertudung tidak semestinya menutup aurat!
Isu aurat & tudung MENUTUP AURAT BUKAN SEKADAR PAKAI TUDUNGSatu ketika dahulu, ramai mengatakanmemakai tudung itu hanyalah sunat muakadatau tidak wajib. Kalau tidakmemakai tudung, hanya berdosa kecil.Kononnya sebaik saja mengambil wudukuntuk bersolat lima waktu, secaraautomatik dosa kita dibasuh danterhapus. Apabila bergaul denganpelbagai bangsa dan agama, kita banyakmendengar dan membaca bagaimana mediabarat memomokkan kod pakaian wanitaIslam yang dikaitkan dengan maruah danharga diri.
Dari suatu sudut lain, ada wanita Islamyang bertudung dan menyangkakan merekasudah menutup aurat, tetapimasih mengenakan seluar jeans yangketet, kemeja T yang menampakkan pakaiandalam atau yang hanya layakdipakai oleh adiknya yang berumur 10tahun. Ada juga yang mengenakan tudung,tetapi memakai kain terbelah sehinggamenampakkan peha, pakaian terbelah didada, kemeja T berlengan pendek dan adakalanya memakai skirt separas betis.Persoalannya, apakah cirri pakaianmenutup aurat bagi wanita Islam?Aurat berasal daripada bahasa arab‘aurah’ yang bererti kurang. Dalam fiqh,aurat diertikan sebagai bahagian tubuhseseorang yang wajib ditutup daripadapandangan orang lain. (Wanbahal-Zuhayli, al-fiqh al-islami waadillatuhu, Damsyik: Dar al-fikr,halaman 579). Walaupun ulama berkompromimengenai had aurat yang perlu ditutupoleh wanita, namun mereka beersepakatmengatakan hukum menutup aurat bagisetiap wanita muslim yang baligh adalahwajib. Untuk memenuhi syarat menutupaurat, pakaian seseorang wanita mestilahmemenuhi syarat berikut:*Menutupi had aurat yang sudahditetapkan. Jumhur ulama bersepakatmengatakan aurat bagi wanita balighialah seluruh tubuhnya kecuali muka dantapak tamgan. Oleh itu, mereka wajibmenutup aurat daripada dilihat olehlelaki ajnabi (bukan mahram). Allahberfirman yang bermaksud: “Dan hendaklahmereka (wanita) menutup belahan leherbajunya dengan tudung kepala mereka.”(Surah an-Nur, ayat 31). Firman Allahlagi yang bermaksud: “Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu dan anak-anakperempuanmu serta perempuan yangberiman, supaya melabuhkan pakaiannyabagi menutup seluruh tubuhnya (ketikamereka keluar), cara yang demikian lebihsesuai untuk mereka dikenal (sebagaiperempuan yang baik-baik) maka denganitu mereka tidak diganggu dan ingatlahAllah adalah Maha Pengampun, lagi MahaMengasihani.”(Surah al-Ahzab, ayat 59).Ayat itu Allah memerintahkan supayaNabi Muhammad SAW menyuruh isteribaginda mengenakan pakaian yang menutupaurat. Suruhan itu jugaditujukan kepada semua wanita beriman.*Pakaian yang longgar. Tujuan utamawanita diwajibkan menutup aurat ialahuntuk mengelakkan daripada lelaki ajnabimelihat tubuh badannya dan mengelakkandaripada berlakunya fitnah. Oleh itu,pakaian yang ketat walaupun tebal sudahpasti akan menampakkan bentuk tubuhbadan. Wanita yang memakai pakaian ketatwalaupun menutupi seluruh tubuh masihbelum memenuhi tuntutan menutup auratseperti dikehendaki syarak.Syarat ini berdasarkan kepada kataDahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yangbermaksud: “Rasulullah SAW didatangidengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’(sejenis kain yang nipis buatan Mesir),lalu baginda berkata: “Bahagikan kainini kepada dua, satu daripadanya dibuatbaju dan bakinya berikan kepadaisterimu.” Apabila aku berpaling untukberedar baginda berkata: “Dan suruhlahisterimu meletakkan kain lain dibawahnya (supaya tidak nampak bentuktubuhnya).” Menurut Ibnu Rusyd,‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebaltetapi melekat pada badan kerana ianyaketat dan menampakkan bentuk tubuhpemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAWmenyuruh Dahiyyah menyuruhisterinya melapik pakaian itu dengankain lain supaya tidak menampakkanbentuk tubuhnya.*Pakaian yang tidak jarang. Syarakmenetapkan pakaian wanita mestilah tidakjarang sehingga menampakkan bentuk tubuhdan warna kulitnya. sumber :internet
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|